Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TIGA MAUT DALAM KEMALANGAN DI KG HOBUT, KUDAT

KUDAT: Tiga orang terkorban apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler 18 tan lalu terbakar di Kampung Hobut dekat sini, Sabtu.

Pasukan bomba dari Kudat diketuai PPgB Ishak Jabas bersama 10 orang anggota bergegas ke lokasi kejadian lebih kurang 42km jauh dengan
sebuah jentera FRT dan EMRS selepas Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan (MERS999) pada jam 8.26 malam.

Bomba Sukarela Pinawantai dan Kampung Air turut membantu di lokasi.

Pasukan bomba bertindak membuat pemadaman dan mengeluarkan ketiga-tiga mangsa tersebut daripada kereta yang ranap itu sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Manakala, pemandu lori dengan muatan buah kelapa sawit hanya mengalami kecederaan ringan dan sudah dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.

Maklumat mangsa tidak diperolehi.

Operasi tamat jam 10.46 malam.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan