Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga maut bertembung

tiga maut bertembung

TELUK INTAN: Tiga maut termasuk seorang kanak-kanak manakala dua parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 44, Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini, kira-kira 11.30 malam tadi.

Dalam kejadian itu, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki sepasang suami isteri dari arah pekan Teluk Intan menghala ke Sitiawan dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Kancil yang dinaiki sebuah keluarga dari arah bertentangan.

Sumber berkata, dua daripada mangsa seorang pemandu lelaki dan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun maut ditempat kejadian akibat cedera parah.

“Seorang lagi mangsa dipercayai bapa kepada kanak-kanak berkenaan yang turut mengalami cedera parah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Teluk Intan, dua lagi mangsa wanita yang parah dibawa ke hospital sama untuk menjalani rawatan,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan.

 

Komen


Berita Berkaitan