Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga Maut, 23 Cedera Dalam Kejadian Bas Ekspres, Kereta Masuk Gaung

bomba

KOTA KINABALU : Tiga maut dan 23 orang lagi cedera selepas sebuah bas ekspres dan sebuah kereta jenis Proton bertembung di simpang Kg Kiau, Jalan Ranau-Kota Kinabalu, sebelum kedua-dua kenderaan itu terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Nordin Pauzi berkata kesemua yang terkorban, dua lelaki dan seorang wanita merupakan pemandu dan penumpang kereta berkenaan manakala yang cedera terdiri daripada pemandu dan penumpang bas ekspres.

Bagaimanapun pihak berkuasa belum mendedahkan identiti mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu.

Menurut Nordin kesemua yang cedera berjaya dibawa naik dari gaung dan dihantar ke Hospital Kota Belud dan Hospital Ranau untuk menerima rawatan.

“Operasi menyelamat agak sukar kerana terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit serta menggunakan peralatan hidraulik untuk memotong kenderaan.

“Kaedah ‘High Angel Rescue Technique’ digunakan bagi membawa naik mangsa yang cedera dari dalam gaung, yang kebanyakannya menggunakan pengusung dan tali,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Nordin berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 3.47 petang.

Katanya 112 orang terdiri daripada Special Tactical Operation & Rescue (STORM) dan 25 pegawai dari beberapa balai bomba berhampiran serta 12 anggota pasukan Emergency Medical Rescue Service (EMRS) berserta empat ambulans EMRS terlibat dalam operasi menyelamat berkenaan.

Selain bomba, agensi lain yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak hospital.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan