Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga mangsa culik tiba kediaman PM

DATUK Seri Najib Razak ketika majlis pertemuan tiga keluarga mangsa culik Abu Sayyaf, Mohammad Jumadil, Fandi Bakran dan Mohd Ridzuan yang ditemukan semula di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta. – Foto Saddam Yusoff

KUALA LUMPUR: Tiga mangsa penculikan kumpulan Abu Sayyaf di perairan Dent Haven, Lahad Datu, pada Julai tahun lalu, tiba di kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, pagi ini.

Fandy Bakran, 27; Mohd Jumadil Rahim, 24, dan Mohd Ridzuan Ismail, 33 dibawa menaiki tiga kenderaan oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dari Subang dan tiba kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Turut serta, Presiden KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Perdana Menteri dijangka mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan mangsa culik dan ahli keluarga mereka. – BH ONLINE

DATUK Seri Najib Razak ketika majlis pertemuan tiga keluarga mangsa culik Abu Sayyaf, Mohammad Jumadil, Fandi Bakran dan Mohd Ridzuan yang ditemukan semula di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta. – Foto Saddam Yusoff

 

DATUK Seri Najib Razak menyambut kehadiran mangsa culik Abu Sayyaf, Mohammad Jumadil Rahim, Fandi Bakran dan Mohd Ridzuan Ismail di kediaman Perdana Menteri di Taman Duta. – Foto Saddam Yusoff

Komen


Berita Berkaitan