Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga mahu jual anak ditahan

TIGA wanita yang ditahan cuba jual kanak-kanak.
TIGA wanita yang ditahan cuba jual kanak-kanak.

Makassar: Polis di sini menahan tiga wanita separuh umur semalam kerana disyaki terbabit dalam urusan jual beli kanak-kanak.

Ketua bahagian jenayah polis di Bontoala H Ramli berkata, ketiga-tiga wanita itu, Meri, 64, Lanny, 65, dan Hasniati, 34, ditahan di sebuah rumah di Sungai Cerekang di daerah Makassar, Sulawesi Selatan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang ramai.

Menurut Ramli, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dan seorang bayi berusia dua bulan, kedua-duanya anak Hasniati dikatakan hendak dijual kepada orang tertentu.

“Kami menyerahkan kanak-kanak itu dan juga wanita berkenaan kepada unit Perlindungan Wanita dan Anak polis Makassar untuk tindakan lanjut,” kata Ramli.

Dia berkata, pihaknya mengerahkan seorang anggota untuk menyamar sebagai pembeli selepas menerima maklumat daripada orang ramai.

“Ketiga-tiga wanita itu menawarkan kepada anggota kami kanak-kanak berkenaan dengan harga Rp75 juta (RM23,000),” kata Ramli. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan