Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TIGA LOKASI EMPANGAN BAHARU DI PAPAR, KOTA BELUD DAN TAMBUNAN: KETUA MENTERI

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hadir pada Forum Hari Malaysia anjuran UPKO di Likas Square Apartment Hotel, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan melakukan kajian bagi mengenal pasti lokasi pembinaan empangan baharu di Papar, Kota Belud dan Tambunan untuk memastikan Sabah memiliki jumlah bekalan air mencukupi sehingga 50 tahun akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keperluan menyediakan bekalan air kepada penduduk sangat penting terutama di kawasan luar bandar.

Menurut Mohd Shafie, beliau agak kesal apabila cadangan pembinaan empangan di Kaiduan, Papar dijadikan isu sedangkan pelaksanaan projek itu bertujuan menampung kekurangan bekalan air yang dihadapi penduduk di sesetengah kawasan.

“Projek di Kaiduan menjadi isu politik… saya telah nyatakan diperingkat Kabinet bahawa kita perlu melaksanakan sesuatu kalau tidak, kita tidak mempunyai bekalan air yang cukup.

“Tidak ada gunanya kita bising dengan mengadakan demonstrasi oleh 1,000 orang tetapi esoknya seluruh Kota Kinabalu tidak mempunyai bekalan air, saya fikir 500,000 akan buat bantahan,” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan Forum Hari Malaysia anjuran Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri, Timbalan Ketua Menteri yang juga Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mohd Shafie berkata, oleh itu kerajaan negeri akan mengenal pasti beberapa kawasan untuk pembinaan empangan agar bekalan air di Sabah mencukupi pada masa akan datang.

Katanya, mengambil contoh empangan Bakun di Sarawak yang pernah menerima kritikan termasuk dari luar negara, namun kemudahan itu kini telah dinikmati sepenuhnya oleh rakyat Sarawak. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan