Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TIGA LEMBU KORBAN BUAT ASNAF TANJUNG ARU

Penduduk kampung bersama membantu bagi melaksanakan ibadah korban yang dijalankan di Masjid Al Kauthar Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Lebih 50 penduduk bergotong-royong melakukan ibadah korban termasuk melapah daging sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Kauthar Kampung Tanjung Aru, hari ini.

Pengerusi Masjid Al-Kauthar, Omar Khan Amirudin, berkata Aidiladha tahun ini dihadiri jemaah masjid serta ahli kariah kampung dengan menyembelih tiga ekor lembu hasil sumbangan tiga individu termasuk salah seekor daripada Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.

“Adalah menjadi aktiviti tahunan masjid ini mengadakan ibadah korban yang biasanya disumbangkan oleh beberapa individu dan disunatkan kepada golongan yang mampu bagi menunaikan niat mereka dalam melaksanakan ibadah korban.

Kanak-kanak melihat lembu yang dikorbankan sempena sambutan Aidiladha di Masjid Al Kauthar Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Penyembelihan tiga ekor lembu ini bermula seawal jam 9.30 pagi tadi dan dijangka siap sebelum solat Zohor dan akan diagihkan kemudian,” katanya ketika ditemui di perkarangan Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru.

Menurut Omar, selepas proses penyembelihan selesai, kesemua bahagian daging itu akan dilapah dan dipotong beramai-ramai oleh ahli kariah masjid dan seterusnya diagihkan kepada kira-kira 50 golongan asnaf di kampung itu.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan