Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga lemas di sebuah parit di Kampung Inanam Laut

Lokasi kejadian mangsa lemas.

Kota Kinabalu: Tiga kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas mandi di sebuah parit di Kampung Inanam Laut kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Mangsa Haikal Faiz Abdullah, 10 Sharizal Azhar, 10, dan Mohd Khairil Misani, 11, ditemui tenggelam di dalam parit selepas anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga mangsa mandi di sungai tersebut setelah balik dari sekolah.

“Sedang mereka mandi, tiba-tiba salah seorang rakan mangsa telah tenggelam dan kedua rakannya cuba menolong tetapi turut lemas.”

“Orang awam yang nampak kejadian ini telah cuba menolong dan menghubungi pihak bomba serta polis,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini.

Sementara itu menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas Sandreygo Salleh berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 3.34 petang dan seramai 10 anggota bersama sebuah jentera telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi mencari semua mangsa dilakukan dan mangsa pertama Haikal Faiz ditemui pada jam 4.03 petang, mangsa kedua, Sharizal ditemui jam 4.14 petang dan mangsa terakhir, Mohd Khairil ditemui jam 4.20 petang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Kesemua mangsa telah disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Likas./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan