Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga lelaki warga Filipina miliki telur penyu dipenjara dan denda

11:31pm 03/11/2016 Pak Roshan 273 views Jenayah,Mutakhir
TERTUDUH ... Impang Utuk (dua dari kiri) Totoh Susuk (hujung kanan) dan Pikong Ismail (tiga kanan).

TERTUDUH … Impang Utuk (dua dari kiri) Totoh Susuk (hujung kanan) dan Pikong Ismail (tiga kanan).

SANDAKAN: Akibat memiliki telur penyu, tiga lelaki warga Filipina dihukum penjara dan denda oleh Mahkamah Seksyen, di sini, pada Rabu.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menjatuhkan hukuman itu kepada Pikong Ismail, 23, Totoh Susuk, 35, dan Impang Utuk, 45, selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut.

Hukuman dijatuhkan kepada Pikong ialah penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau penjara 6 bulan jika gagal membayar denda. Seterusnya, hukuman dijatuhkan kepada Totoh ialah penjara empat tahun, denda RM25,000 atau penjara 18 bulan jika gagal membayar denda.

Manakala, Impang dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 atau penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Hakim memerintahkan tertuduh menjalani hukuman secara serentak dengan hukuman lain yang sedang mereka jalani iaitu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Dimana, Totoh dan Pikong dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan 2 sebatan pada 16 Julai 2016. Manakala, Impang telah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan 2 sebatan pada 24 Julai tahun ini juga.

Kesemua mereka diarahkan merujuk Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman.

Menurut fakta kes, ketiga mereka diberkas ketika cuba menyeludup masuk telur penyu iaitu spesis Penyu Hijau menggunakan Pump Bot di kawasan laut Sungai Batu 2, Sandakan pada tarikh dan masa yang berbeza oleh pasukan Polis Marin semasa menjalankan rondaan OPSPensura.

Impang ditangkap pada 17 Julai 2016 dengan membawa 5,000 biji telur penyu. Manakala Totoh dan Pikong masing-masing berjaya ditangkap ketika sedang membawa 11,000 dan 3,000 biji telur penyu pada 16 Julai tahun ini.

Dengan itu, ketiga-tiga mereka telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997. Kesemua telur penyu yang berjaya dirampas telah diperintah dilupuskan dengan ditanam. Manakala, pam bot dan enjin yang turut dirampas telah dilucutkan hak kepada kerajaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Sabah, Abdul Karim Hj. Dakog – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan