Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga lelaki tempatan ditahan edar dadah

24 paket syabu yang dirampas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Keningau. - foto Kalawon Sawing
24 paket syabu yang dirampas Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Keningau. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Tiga lelaki tempatan ditahan pihak berkuasa dalam serbuan ke atas sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sebuah kampung, di sini, kerana disyaki terlibat mengedar dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah, Douglas Taong berkata, dalam serbuan pada pukul 10 malam baru-baru ini oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau, telah mendapati tiga lelaki berumur antara 40 hingga 43 tahun berada dalam rumah tersebut.

“Setelah pemeriksaan dokumentasi dijalankan, polis menemui sebanyak 24 paket pelbagai saiz dianggarkan seberat 10.90 gram dipercayai dadah jenis syabu dalam bilik di rumah ketiga-tiga suspek tersebut. Polis merampas kesemua dadah tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek telah telah dituduh di Mahkamah Majistret Keningau pada 26 Januari lepas di bawah Seksyen 39A (1)(r) Akta Dadag Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun, namun tidak melebihi lima tahun dan sebatan tidak
kurang tiga kali dan tidak lebih sembilan kali jika didapati bersalah.

Walau bagaimanapun katanya, Mahkamah Majistret di sini menawarkan jaminan RM2,000 bersama dua orang penjamin tempatan terhadap ketiga-tiga suspek. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan