Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga lelaki tempatan dibelasah sekumpulan lelaki warga asing

gaduh

KENINGAU: Tiga orang lelaki warga tempatan di sini dibelasah oleh sekumpulan lelaki yang disyaki warga asing ekoran perselisihan faham yang tercetus semasa ketiga-tiga mangsa terlibat dalam sesi meminum minuman keras di sini, baru-baru ini.

Ketu Polis Daerah Keningau Deputi Superintenden Robert Salisip David yang mengesahkan kes itu berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.30 petang pada 1 Jun, 2014 di kawasan Pasar Umum Keningau.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Dalam kejadian itu, mangsa, Cyril Linus, 20, yang berasal dari Kampung Mamagun Dalit Sook, dan tidak bekerja, cedera ditetak dengan menggunakan parang di siku tangan sebelah kiri dan menerima lima jahitan.

Seorang lagi mangsa, Analem Tony Bin Malip, 31, berasal dari Kampung Mamogun Dalit Sook, dan bekerja sendiri, cedera di muka kerana terjatuh di jalan raya semasa melarikan diri.

Sementara itu, mangsa ketiga, Manayoh Raw Palanok, 39, dari Kampung Binanon Nabawan, dan bekerja sendiri, cedera di kepala sebelah kiri di atas telinga, akibat ditetak dengan menggunakan parang.

Manayoh telah Merima 11 jahitan di mana mangsa masih berada di wad di Hospital Keningau, dalam keadaan stabil dan dalam pemantauan doktor.

Menurut Robert, dalam kejadian itu, mangsa Cyril telah kehilangan Mykadnya, Kad ATM MyBank/CIMB Bank, Buku Akaun BSN/ Buku Akaun ASB dan Lesen memandu semuanya terjatuh ketika melarikan diri dari serangan amok itu.

“Pada masa dan tempat kejadian berlaku, ketiga mangsa telah mengalami kecederaan akibat diserang oleh sekumpulan lelaki dalam lingkungan tujuh hingga lapan orang dengan menggunakan benda tajam iaitu parang, besi dan kayu.

“Dalam siasatan awal polis, punca kejadian ini adalah disebabkan perselisihan faham di antara salah seorang saudara kepada Cyril dengan seorang kumpulan lelaki tersebut.

“Cyril bersama rakan- rakannya yang minum minuman keras jenis Tiger di kedai karoake berdekatan dengan Pasar Umum sejak jam 3 petang telah mengajak empat orang perempuan untuk minum bersama dengan mereka.

“Seorang lelaki (suspek) telah memukul seorang saudara kepada Cyril yang berada di luar kedai. Saudara tersebut kemudian memberitahu Cyril yang sedang minum di dalam kedai. Cyril bersama Analem dan Manayoh telah mengejar lelaki tersebut yang ke arah kawasan Pasar Umum.

“Apabila Cyril, Analem dan Manayoh tiba di kawasan Pasar Umum, dia melihat sekumpulan lelaki sedang menanti mereka. Ketiga mangsa telah melarikan diri, tetapi Cyril telah ditetak di tangan, Analem pula cedera terjatuh semasa melarikan diri manakala Manayoh telah terjatuh dan ditetak satu kali di kepala,” jelas beliau.

Ekoran kejadian itu, Robert berkata, pihak polis telah menangkap seorang suspek berusia 34 tahun beralamat di Batu 6 Jalan Nabawan – Keningau dan bekerja sebagai penjual ikan yang disyaki terlibat dalam kes ini.

Katanya, suspek telah direman untuk tindakan lanjut, sementara usaha mengesan suspek lain yang terlibat sedang dijalankan.

Jelas Robert lagi, pada 2 Jun, 2014 Ops Cantas Khas telah diadakan di kawasan Pasar Umum Keningau, kawasan Maybank dan kawasan Milimewa, pekan Keningau di mana seramai 34 orang lelaki telah ditangkap dan dibawa ke balai polis Keningau untuk proses dokumentasi.

Selepas dokumentasi, 29 orang telah dibebaskan kerana ada memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak terlibat dalam kegiatan jenayah manakala lima orang diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Komen


Berita Berkaitan