Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan

7:58am 13/10/2016 Leolerry Lajius 821 views Tempatan

TELUPID: Tiga orang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam satu kejadian kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Reka Halus Estate, Jalan Telupid, semalam.

Mangsa Ahmad Idham Ghani, 18 dan dua lagi rakan mangsa maut kerana tersepit pada kenderaan jenis Van Nissan Vanette yang bertembung dengan dua buah kenderaan lain iaitu sebuah Toyota Wagon dan Nissan Urban.

Menurut makluman pihak bomba, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan disahkan oleh pihak ambulan yang berada di lokasi.

Lima lagi mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan dibawa ke Hospital Beluran untuk menerima rawatan lanjut.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 9.26 malam dan tiba di lokasi kejadian sejauh 60 kilometer itu pada jam 10.34 malam.

Operasi yang melibatkan enam orang anggota serta turut melibatkan anggota polis itu tamat pada jam 12.13 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan