Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga lelaki ditahan kes bunuh GRO

9:06pm 26/09/2016 Pak Roshan 182 views Jenayah,Mutakhir

gari1-600x400

Labuan: Polis Labuan percaya dapat menyelesaikan kes pembunuhan kejam membabitkan wanita pelayan pelanggan (GRO) sebuah pusat hiburan pada pertengahan Ogos lalu, dengan penahanan tiga lelaki minggu lalu,

Wanita itu, Nerisa Linawang Abelilla, 25, dibunuh antara 10 malam 15 Ogos dan 2.20 pagi 16 Ogos selepas dikatakan enggan melakukan hubungan seks dengan salah seorang suspek.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Adzhar Othman berkata, suspek pertama berusia 22 tahun yang juga warga Filipina, ditahan di rumahnya di Simpang Dedap, Kampung Sungai Bedaun pada 6 petang 21 September lalu.

Susulan tangkapan itu, suspek kedua dan ketiga, masing-masing berusia 32 dan 22, ditahan dua hari kemudian di tapak pembinaan Taman Sea View, Kampung Layang-Layangan dan Kampung Saguking.

“Ini menjadikan jumlah tangkapan kes ini seramai enam orang termasuk seorang wanita. Namun tiga daripadanya termasuk wanita itu sudah dibebaskan. Kami harap dapat menyelesaikan kes ini,” katanya kepada media hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipukul dengan kayu dan batang paip sehingga menyebabkan kematiannya. – Bernama

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan