Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga Lelaki Disyaki Bookie Piala Dunia Ditahan

bookie

KOTA KINABALU: Tiga lelaki tempatan disyaki bookie ditahab ketika sedang menjalankan akyiviti pertaruhan sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia pada ‘Ops Soga V’ di sekitar Inanam.
Ketua Polis Bandaraya ACP Jauteh Dikun berkata dalam dua serbuan berasingan pada kira-kira pukul 2 petang ketiga tiga suspek berusia 30an ditahan setelah didapati melalukan aktiviti pertaruhan.
Dalam serbuan pertama, dua individu ditahan dan polis merampas wang tunai RM700 beserta beberapa barangan lain seperti telefon bimbit yabg dipercayai digunakan kedua suspek.
Seorang kagi suspek ditahan di sekitar kawasan sama dan polis merampas wang tunai RM4, 600 dan beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti haram itu.
Jauteh berkata kesemua bahan rampasan dan tangkapan dibawa ke ibu pejabat polis Kota Kinabalu untuk disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Komen


Berita Berkaitan