Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga lelaki dibicara pada bulan Mac

KOTA KINABALU- Mahkamah Sesyen, disini, hari ini menetapkan tarikh 7 dan 8 Mac depan bagi perbicaraan tiga orang lelaki setelah mereka menafikan membantu dalam pengurusan rumah pelacuran.

Lau Kahy Cheng,41, Chok Ka Loong, 28 dan Chin Chen Kok, 30 yang hadir dihadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad, mengaku tidak bersalah kepada pertuduhan dibawah Seksyen 373 (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.

Ketiga- tiga tertuduh yang diwakili oleh peguan Hairul Vaiyron secara bersama melakukan kesalahan tersebut di Pusat Komersial Wong Kwok, Jalan Bundusan, pada jam lebih kurang 8.55 p.m pada 8 Ogos, tahun lalu.

Pihak pendakwaan meminta agar tarikh perbicaraan kes tersebut diawalkan kerana saksi yang terlibat dalam kes tersebut merupakan warga asing.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Husna Abdul Halim.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan