Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga lelaki berdepan hukuman gantung sampai mati

Douglas (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas. - foto Kalawon Sawing
Douglas (dua dari kiri) menunjukkan dadah yang dirampas. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU  – Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Keningau menyerbu sebuah rumah sewa Nombor 1, Jalan Kampung Durok, dekat sini, kelmarin serta menahan tiga lelaki kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 51 gram.

Dalam pemeriksaan yang dilakukan dalam sebuah bilik di rumah tersebut, polis menemui satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu yang dibalut dengan tisu putih dan dibungkus dengan satu plastik dan disimpan di dalam beg kain kecil berwarna hitam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Doulas Taong berkata, ketiga-tiga suspek berumur 22, 34 dan 35 tahun itu ditahan untuk siasatan mengikut bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

“Serbuan di rumah itu dilakukan kira-kira pukul 4 petang pada 22 Februari lalu. Ketiga-tiga suspek masing-masing beralamat di Kampung Kauran, Patikang Laut dan Bingkor. Mereka turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 kerana positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine dan ditahan reman sehingga 1 Mac,” katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan IPD di sini hari ini. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan