Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga lelaki Bajau Laut mengaku tangkap ikan guna bahan letupan

 

Peralatan yang dirampas PPM Semporna daripada tiga lelaki Bajau Laut selepas mengaku menangkap ikan menggunakan bahan letupan.
Peralatan yang dirampas PPM Semporna daripada tiga lelaki Bajau Laut selepas mengaku menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

SEMPORNA: Tiga lelaki berbangsa Bajau Laut berumur di antara 16 dan 45 tahun diberkas Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna selepas mengaku menangkap ikan dengan menggunakan bahan letupan di Laut Nusakuya pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.30 pagi itu, ketiga-tiga lelaki berkenaan turut didapati memiliki lima kilogram ikan basah pelbagai jenis di dalam bot pam mereka.

Komander PPM Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, sepasukan anggota PPM Semporna menahan dan memeriksa bot pam yang dijuragani oleh seorang lelaki, 45, dan dua anak kapal semasa operasi tugas khas dengan menggunakan bot samaran.

“Ketika pemeriksaan dilakukan dan selepas penemuan ikan-ikan yang disyaki ikan bom, mereka mengaku menangkap hasil tersebut dengan menggunakan bahan letupan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Mohamad berkata, pasukannya merampas bot pam serta enjinnya dan peralatan-peralatan lain untuk tujuan siasatan mengikut Akta Perikanan 1985.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan