Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga lelaki akan dibicara kerana menyebabkan kecederaan

3:13pm 06/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 86 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki tempatan mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap dua orang lelaki warga emas menggunakan sebilah parang.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad telah menetapkan tarikh 12 dan 13 Mei, tahun ini untuk perbicaraan kes.

Mohd Nazif Rinjal, 30 menafikan telah mencederakan Abdurait Husin, 70 dan Abdul Sabtu, 62 di Tanah Rizab Kerajaan, berdekatan dengan Kg Suagon, Kinarut, Papar pada jam lebih kurang 10 pagi pada 21 November, tahun lalu.

Bagi kesalahan tersebut, Nazif didakwa dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun, dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika disabit kesalahan.

Disamping itu, di mahkamah yang sama, mahkamah telah menetapkan tarikh 11 dan 12 April, tahun ini untuk perbicaraan kepada dua orang warga emas.

Tarikh tersebut ditetapkan setelah Abdurait Husin dan Abdul Sabtu mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas kesalahan yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama telah menyebabkan kecederaan parah kepada Nazif di tempat, masa dan hari yang sama.

Selain itu, mahkamah telah memerintah agar kes Abdurait dan Abdul dibicara di hadapan Hakim Dean Wayne Daly kerana kedua-dua kes itu saling berkaitan.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Akmalzatul Mohamed Nawi.– Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan