Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga Lagi Peserta Pesta Sukan Bogel Serah Diri – Polis

serah diri

GEORGE TOWN– Tiga lagi peserta pesta sukan bogel ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya hari ini.

Mereka dikenali sebagai Chew Tok Hwa, 57, Carmen Chan, 27, dan Justin Ang Ji Keng, 24.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kesemua rakyat tempatan itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan kes yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang yang terletak dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.

“Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki telah menyerah diri pukul 10.30 pagi tadi dan polis akan mendapatkan perintah reman di mahkamah esok,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata polis mengenal pasti kesemua 15 peserta terbabit yang terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat dari Singapura, dua Myanmar dan masing-masing seorang dari India dan Filipina.

Abdul Rahim berkata dengan penahanan individu terbabit, kini hanya tinggal tiga lagi warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam pesta itu belum menyerah diri.

Semalam dua lelaki terdiri daripada rakyat tempatan dan Singapura berusia 34 dan 41 tahun masing-masing direman sehingga 17 dan 18 Ogos bagi membantu siasatan selepas menyerah diri di balai polis yang sama.

Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video selama lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang’ tersebar secara meluas di laman sosial yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukaneka dalam keadaan bogel di pantai berkenaan.

Muhyiddin Lontar Cabaran Kepada Umno Bahagian Kemuka Idea Luar Biasa

KOTA TINGGI– Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melontar cabaran kepada semua bahagian parti untuk mengemukakan idea yang luar biasa sebagai usaha memastikan perjuangan parti terus relevan dan diterima rakyat negara ini.

Serius dengan cabaran itu, beliau menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada bahagian yang berjaya memberikan idea yang mempunyai faktor ‘wow’.

“Setiap bahagian perlu menubuhkan jawatankuasa khas bagi memikirkan secara serius idea idea yang mempunyai fakto wow itu.

“Satu jawatankuasa akan ditubuhkan di peringkat Majlis Tertinggi bagi menilai sama ada idea itu mempunyai faktor Wow dan boleh dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Tinggi di sini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Bahagian Kota Tinggi Datuk Daeng Malek Daeng A Rahman dan

Muhyiddin berkata Umno mahukan idea-idea baharu kerana rakyat masa kini meletakkan jangkaan yang sangat tinggi terhadap parti dan kerajaan.

Ditanya mengapa idea itu diperlukan sekarang, Muhyiddin berkata banyak yang telah dibuat oleh kerajaan seperti pembangunan ekonomi dan sebagainya namun, ia dilihat seperti tidak mempunyai nilai yang besar oleh rakyat.

“Mereka iktiraf (pembangunan) tetapi (ia) dilihat sebagai perkara biasa,” katanya.

Mengakui negara mempunyai masalah dan isu tertentu seperti negara-negara lain, beliau berkata “setidak-tidaknya kerajaan masih dapat mewujudkan negara yang stabil, harmoni, mempunyai pertumbuhan dan peluang pekerjaan”.

Komen


Berita Berkaitan