Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga Ketua Exco Pemuda parti BN t-tangani MOU

gabung

KENINGAU: Ketua-Ketua Exco Pemuda Pusat daripada Parti Bersatu Sabah PBS, Parti Bersatu Rakyat Sabah PBRS, dan United Pasokmomogon Kadazandusun Murut Organisation Upko telah menandatangani perjanjian persefahaman bersama (MOU) sempena Pelancaran Logo Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah di Hotel Perkasa di sini pada Sabtu.

Perjanjian persefahaman bersama (MOU) tersebut ditandatangani oleh Ketua Pemuda PBS Pusat Datuk Jake Jikulin Nointin, Ketua Pemuda PBRS Pusat Arthur Joseph Kurup dan Ketua Pemuda Upko Pusat Arthur Sen.

Antara intipati MOU itu adalah memperkasakan dan menambahbaik perjuangan parti,menjaga hak-hak kaum bumiputera di negeri ini, mendapatkan pelbagai pembangunan daripada kerajaan pusat bagi membasmikan kemiskinan dan menambah pendapatan serta peluang-peluang sosio ekonomi rakyat di negeri ini serta merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dalam parti.

Ketua Pemuda PBS Pusat, Datuk Jake Jikulin Nointin dalam ucapannya berkata, antara lain Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah ini diwujudkan adalah menuntut hak-hak kaum Bumiputera di Sabah termasuklah tuntutan 20 perataus royaliti minyak.

“Kita bukan mengambil hak orang tetapi kita menuntut hak kita untuk rakyat di negeri Sabah dan kita juga mahu agar perjanjian penyertaan Sabah dalam Malaysia perlu dikaji dan jika perlu harus ada penambahbaikan,” tegas.

Jake yang juga Ketua Bahagian PBS kawasan Liawan berkata, sudah sampai masa bagi rakyat Sabah menuntuk hak-hak yang sepatutnya agar pembangunan di negeri ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

“Jika tuntutan 20 peratus royaliti minyak dapat ditunaikan oleh Kerajaan Persekutuan sudah pasti pembangunan di negeri ini dapat dilaksanakan dengan lebih pesat lagi,” jelasnya

Jake berkata, melalui Gabungan Pergerakan Pemuda Sabah ini suara dapat disatukan bagi menyuarakan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dengan lebih kuat.

Tambahnya, Gabunngan ini ditubuhkan bukan mempertikaikan kewibawaan pemimpin-pemimpin atas BN di peringkat Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan tetapi ia membantu pucuk pimpinan untuk menambah baik sistem pentadbiran yang sedia ada.

Berucap sama di majlis itu Ketua Pemuda PBRS Pusat Arthur Joseph Kurup dan Ketua Pemuda Upko Pusat Arthur Sen.

Turut hadir pada majlis ini, Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Sarawak Liwan Lagang.

Komen


Berita Berkaitan