Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga kenderaan bertembung, tiga cedera

6:38pm 12/08/2016 Leolerry Lajius 105 views Tempatan

KENINGAU: Tiga mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terlibat dalam satu kejadain kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Apin-apin, di sini, petang tadi.

Mangsa mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terlibat dengan kejadian yang melibatkan tiga buah kenderaan iaitu dua kenderaan jenis Proton Saga dan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.40 petang dan tiba di lokasi kejadian sejauh 19 kilometer itu pada jam 3.59 petang.

Mangsa yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Asip Kaibin bersama lapan orang anggota itu tamat pada jm 4.16 petang.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan