Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga Keluarga Tingggal Sehelai Sepinggang Dalam Satu Kebakaran

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

LABUAN : Lapan orang daripada tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dijilat api semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Jason Bilin berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian 5.20 petang itu yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Ganggarak di sini.

Beliau berkata 16 anggota bomba dengan dua jentera dari balai bomba dan penyelamat Kampung Jawa dan Layangan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.24 petang.

“Kami dapat mengawal kebakaran dalam masa 20 minit. Punca dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya sambil menambah walaupun mangsa mengalami kerugian namun mereka bersyukur kerana semua anggota keluarga mereka selamat.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan