Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga keluarga kerugian RM50,000

nggota bomba sedang menjalankan tugas memadamkan api pada kebakaran. foto ihsan bomba
nggota bomba sedang menjalankan tugas memadamkan api pada kebakaran. foto ihsan bomba

KENINGAU – Tiga buah keluarga kerugian dianggarkan RM50,000 dalam satu kebakaran yang memusnahkan rumah dan harta benda mereka di Kampung Dangulad dekat sini, kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, ketiga-tiga keluarga terbabit yang menetap dalam sebuah rumah tinggal sehelai sepinggang apabila rumah diami mereka hangus dijilat api.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Keningau, Janil Jaya, semasa kejadian itu pihak bomba telah menerima panggilan pukul 9.42 pagi daripada salah seorang penduduk kampung berkenaan.

“Sebaik sahaja menerima panggilan pihaknya bergegas ke tempat kejadian dengan dua buah jentera membabitkan anggota seramai 18 orang. Pihak bomba dan penyelamat berjaya menyelamatkan lima buah rumah yang berhampiran dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 10.42 pagi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, anggaran kerugian sebanyak RM50,000.00 sementara jumlah yang berjaya diselamatkan  bernilai RM460,000.00 manakala punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan