Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga kawasan masih tenggelam

tenggelam

Bandung: Tiga kawasan di daerah Bandung masih ditenggelami air semalam, selepas tujuh hari banjir melanda daerah berkenaaan.

Ketua agensi bantuan bencana daerah, Marlan berkata, kawasan di Dayeuhkolot, Bojongsoang dan Baleendah masih teruk dengan air sedalam antara 30 sentimeter hingga lebih tiga meter.

Menurutnya, 36,000 rumah masih lagi terjejas sementara lebih 12,000 penduduk di 30 pusat pemindahan masih belum dibenarkan pulang.

Marlan berkata demikian ketika mengiringi Menteri Dalam Negeri meninjau keadaan bah di Baleendah, semalam.

Menurutnya, di beberapa tempat di kawasan bencana, usaha memindahkan mangsa masih dijalankan, tetapi pasukan petugas berdepan dengan masalah kerana sebahagian penduduk enggan meninggalkan kediaman masing-masing.

“Ada yang sanggup bertahan di rumah masing-masing, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai rumah dua tingkat. Mereka menganggap banjir itu perkara biasa walaupun kemuncak bencana ini dijangka berlaku hingga Januari depan.

“Kami tidak boleh memaksa mereka, tetapi kami tetap memantau keadaan,” katanya.

Pihak berkuasa Bandung sebelum ini mengisytiharkan darurat di daerah itu selepas keadaan menjadi bertambah buruk hingga menyebabkan lapan daerah tenggelam. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan