Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga gerai musnah dalam kebakaran di Kampung Salut

3:00pm 11/04/2016 Leolerry Lajius 422 views Tempatan
Keadaan gerai yang terbabit dalam kejadian tersebut.

Keadaan gerai yang terbabit dalam kejadian tersebut.

KOTA KINABALU: Tiga buah gerai musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebarakan yang berlaku di Kampung Salut, Jalan Sulaman pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.07 pagi dan tiba di lokasi sejauh 15 kilometer itu pada jam 6.23 pagi.

Kecekapan dari pihak bomba untuk mengawal api dari merebak ke gerai yang berhampiran telah berjaya menyelamatkan lima buah gerai berhampiran daripada terlibat dalam kebakaran.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Thomas Bolu itu menggunakan tiga aliran Hos Reel untuk memadam kebakaran dan operasi terkawal pada jam 6.43 pagi.

Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Gerai yang musnah dalam kejadian tersebut.

Gerai yang musnah dalam kejadian tersebut.

 

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan