Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga ditahan miliki rokok seludup

Douglas menunjukkan hasil rampasan rokok seludup
Douglas menunjukkan hasil rampasan rokok seludup

KENINGAU – Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan dua wanita warga asing kerana disyaki memiliki rokok seludup dan tidak mempunyai cukai sah daripada negara jiran dalam rondaan yang dilakukan di Batu 4 Jalan Keningau
-Sook.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Nyeging Taong berkata, hasil rondaan yang telah dijalankan pada 28 Jun lalu di Batu 4 Jalan Keningau-Sook, polis telah menahan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Sedan, berwarna putih yang dipandu seorang lelaki dan dua orang wanita.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan keatas kenderaan tersebut mendapati sejumlah rokok ditemui dalam kenderaan berkenaan. Antara barang yang dirampas oleh pihaknya semasa operasi itu ialah sebuah kenderaan jenis Proton
Iswara Sedan, 364 kotak rokok pelbagai jenis yang dianggarkan sebanyak RM30,000, 60 batang pemetik api, sembilan bungkus tembakau salak dan 50 keping rokok kertas (cigarrette paper).

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke balai polis Keningau untuk tindakan selanjutnya dan suspek telah ditahan pada 3 hingga 4 Julai untuk membantu siasatan” katanya.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (D) 1967 Akta Kastam, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan