Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga ditahan memandu dalam keadaan mabuk

saman mabuk

KOTA KINABALU: Tiga individu ditahan dalam satu sekatan jalan raya yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Ketiga-tiga mereka ditahan ketika operasi sekatan jalanraya dilakukan di Jalan Lintas dekat sini, kata Ketua Polis Bandaraya Superintenden M Chandra.

Chandra berkata seramai 12 individu telah ditahan untuk diuji kandungan alcohol dalam nafas mereka dan ketiga individu tersebut gagal melepasi ujian tersebut.

Mereka akan didakwa di bawah Seksyen 45 (A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata polis akan terus mengadakan operasi tersebut yang diamakan Ops Cegah Kemalangan dari masa ke semasa bagi memastikan kejadian tidak diingini tidak berlaku da bertujuan untuk menurunkan kadar kemalangan sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Komen


Berita Berkaitan