Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga Cedera Kereta Terjunam Ke Gaung Sedalam 50 Meter Di Kota Belud

6:13pm 14/11/2015 Pak Roshan 3811 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

jatuh-gaung

KOTA BELUD : Tiga cedera, dua daripadanya parah, selepas kereta yang mereka naiki terjunam ke gaung sedalam kira-kira 50 meter di Kilometer 6, Jalan Kiau, Kg Kiau Nulu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Mohd Zaidi Abdullah berkata ketika kejadian kenderaan itu dipandu dari arah Kg Kiau Nulu sebelum hilang kawalan dan terjunam ke dalam gaung.

Menurutnya mangsa yang cedera parah ialah seorang wanita Sinira James, 22, yang merupakan pemandu kereta itu dan Asan Sekambang, 44, manakala adik Sinira, Leo Xavier James, 12, cedera ringan.

Mohd Zaidi berkata dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Sinira cedera parah di leher manakala Asan di tulang belakang dan kedua-duanya masih dirawat di Hospital Ranau dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

“Bagaimanapun, Sinira James dan Asan Sekambang akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 2 di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” kata Mohd Zaidi dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya Leo pula menerima rawatan pesakit luar di Hospital Ranau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, kata Mohd Zaidi.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata ketika anggota bomba tiba, kesemua mangsa telah dikeluarkan daripada kenderaan dan dihantar ke hospital oleh orang awam.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan