Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga bulan tentu jantina

NUR Syazwany Akmal menunjukkan alat kelamin anak sulungnya, Adam Mikail yang tidak normal. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.

Tumpat: Ketika pasangan lain gembira dan tidak sabar mendaftar kelahiran bayi mereka dengan nama yang indah, suami isteri dari Kampung Belukar, di sini terpaksa menunggu tiga bulan untuk berbuat demikian.

Kelewatan itu bukan kerana mereka tinggal di kawasan pedalaman dan sukar ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara, tetapi disebabkan kesulitan lain yang membawa bersama duka kepada keluarga kecil mereka.

Nur Syazwany Akmal Mohd Yusoff, 25, berkata, dia dan suaminya, Mohd Haniff Mansor, 26, bukan sengaja melewatkan pendaftaran nama bayi sulung mereka apatah lagi, sudah lama mengidamkan cahaya mata sejak berkahwin enam tahun lalu.

“Namun, kelahiran anak ini istimewa. Saya bersyukur kerana semua sempurna buatnya kecuali Allah SWT memberikan sedikit ‘kelainan’ pada alat sulit bayi.

“Ketika dilahirkan, doktor sukar mengesahkan identiti sama ada perempuan atau lelaki kerana alat sulitnya tidak normal. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan