Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga buah kenderaan bertembung, seorang cedera

1:32am 29/03/2016 Leolerry Lajius 1647 views Tempatan
Keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kejadian tersebut.

Keadaan kereta mangsa yang terbabit dalam kejadian tersebut.

KOTA KINABALU: Seorang pemandu cedera di bahagian kepala selepas kenderaan yang dipandu mangsa terbabit dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Lintas, berhadapan dengan RTM petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kenderaan Perodua Myvi yang di pandu dari arah Bukit Padang menghala ke KKIA melalui Jalan Lintas. Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan Perodua Myvi ini hilang kawalan lalu terbabas ke jalan bertentangan dan melanggar kenderaan Toyota Rush yang datang dari arah KKIA hingga menyebabkan Toyota Rush tersebut terbalik di bahu jalan.

“Selepas Perodua Myvi ini melanggar Toyota Rush, kenderaan ini juga telah bergesel dengan sebuah lagi kenderaan iaitu Proton iriz yang berada di belakang Toyota Rush.”

“Akibat daripada kemalangan tersebut, kesemua kenderaan mengalami kerosakan. Dalam kejadian ini tiada kecederaan serius dilaporkan dan hanya melibatkan kecederaan ringan sahaja,” katanya.

Siasatan di tempat kejadian mendapati punca kemalangan adalah kecuaian daripada pemandu Perodua Myvi kerana gagal mengawal kenderaan dengan baik hingga terbabas ke jalan bertentangan dan melanggar kenderaan Toyota Rush dan Proton Iriz.

Kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN166/59.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan