Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga buah kenderaan bertembung, lima cedera

Kedaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.
Kedaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

PAPAR: Lima orang mangsa mengalami kecederaan apabila terbabit dalam kejadian kemalangan jalan raya yang berlaku di Kampung Andus, di sini, pagi tadi.

Mangsa mengalami kecederaan kerana tersepit pada kenderaan dalam kejadian yang melibatkan tiga buah kenderaan itu iaitu Toyota V8, Van dan lori.

Pihak bomba telah menerima makluman mengenai kejadian berkenaan pada jam 6.43 pagi dan tiba di lokasi kejadian sejauh 8 kilometer itu pada jam 6.55 pagi.

Operasi yang diketuai oleh PB Edy Nirwan bersama enam orang anggota berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan seterusnya mangsa telah dihantar ke hospital oleh pihak ambulan untuk menerima rawatan.

Operasi tamat pada jam 7.41 pagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG-20160526-WA0001

Komen


Berita Berkaitan