Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TIGA BOT NELAYAN BERSAMA MUATAN 5 TAN IKAN PELBAGAI SPESIS DITAHAN MARITIM MALAYSIA

Antara jenis ikan yu yang ditangkap oleh bot nelayan yang ditahan oleh MARITIM MALAYSIA di perairan Pulau Mengalum ketika sidang media di Jeti Operasi MARITIM MALAYSIA di Sepanggar, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Lebih 5,000 kilogram spesis ikan terancam termasuk 230 ekor ikan jerung jenis Tiger Shark dirampas daripada tiga buah bot nelayan Vietnam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM MALAYSIA) berhampiran perairan Pulau Mengalum, di sini.

Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) Arau, Kapten Mohd Zawawi Abdullah berkata, operasi yang dinamakan Op Sejahtera ini diaktifkan pada 28 Ogos sehingga kelmarin dengan jarak diantara 20 hingga 25 batu nautika dari Pulau Mengalum.

“Pada hari pertama pihak Maritim Malaysia telah menahan sebuah bot nelayan di jarak 20 batu nautika dari Pulau Mengalum dan kita dapat menahan 19 anak kapal bersama tekong bot.

Tiga buah bot nelayan yang ditahan oleh MARITIM MALAYSIA di perairan Pulau Mengalum ketika sidang media di Jeti Operasi MARITIM MALAYSIA di Sepanggar, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit mendapati tiada sebarang lesen dan kebenaran untuk menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

“Pada hari berikutnya, sekali lagi kapal Maritim Malaysia, KM Arau, menahan dua buah bot yang mencurigakan pada jarak 25 batu nautika dari Pulau Mengalum.

Seekor daripada 230 ekor ikan jerung jenis Tiger Shark ditunjukkan pada sidang media kejayaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM MALAYSIA) menahan tiga buah bot nelayan di perairan Pulau Mengalum pada sidang media di Jeti Operasi MARITIM MALAYSIA di Sepanggar, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kedua-dua bot nelayan terbabit memiliki lesen yang sah namun menggunakan kru warganegara asing,” katanya ketika sidang media di Jeti Operasi Maritim Malaysia di Sepanggar.

Menurut Zawawi yang mengetuai operasi itu, hasil pemeriksaan lanjut menemukan lebih 5,000 kilogram ikan dalam muatan ketiga bot tersebut.

“Sebanyak 230 ekor ikan jerung jenis Tiger Sharks berjaya ditemukan dalam kontena khas yang diletakkan pada bahagian bawah bot terbabit.

Pegawai Memerintah Kapal Maritim (KM) Arau, Kapten Mohd Zawawi Abdullah menunjukkan bot nelayan yang ditahan oleh MARITIM MALAYSIA di perairan Pulau Mengalum ketika sidang media di Jeti Operasi MARITIM MALAYSIA di Sepanggar, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kita mendapati ikan jerung ini merupakan spesis terancam dan perlulah dibiarkan terus hidup dalam ekosistem laut secara bebas daripada sebarang aktiviti penangkapan dan penjualan serta memakan ikan ini,” sambal menambah segala urusan perniagaan ikan jerung ini dijalankan dilaut.

Zawawi berkata 35 nelayan warganegara Vietnam kini ditahan dan akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 manakala ikan yang dirampas akan diserahkan kepada Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan