Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga Beradik Cedera Akibat Sikap Panas Baran Abang Sulung

belasah adik

BESUT– Tiga beradik cedera selepas terbabit dalam pergelutan berikutan sikap panas baran seorang daripada mereka.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, abang sulung daripada tiga beradik itu telah menyerang dua adik lelakinya selepas marah dengan tindakan mereka yang mahu membawa isterinya menziarahi anaknya yang sakit di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, Kota Baharu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor berkata abang sulung berumur 40-an telah memaki hamun dan menyerang adik-adiknya masing-masing berumur 37 dan 30-an menggunakan batang besi hingga menyebabkan pergelutan berlaku.

Ketiga-tiga beradik itu yang cedera di kepala dan badan dibawa oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Besut, katanya dalam sidang media di sini Selasa berhubung kejadian yang berlaku di Kampung Tok Motong di sini pada Ahad lepas.

Noorzainy berkata siasatan awal mendapati abang sulung daripada tiga beradik merupakan seorang yang panas baran yang sering memukul anak dan isterinya.

“Kita tidak menolak pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada masalah keluarga yang telah lama berlaku antara mereka,” katanya.

 

Komen


Berita Berkaitan