Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga bekas anggota tentera dipenjara maksimum 30 tahun

8:50pm 30/09/2016 Pak Roshan 7111 views Jenayah,Mutakhir
HUKUMAN MAKSIMA ... Bekas anggota tentera dari kiri, Faidhi, Zahirudin dan Hood ketika memasuki bilik mahkamah.

HUKUMAN MAKSIMA … Bekas anggota tentera dari kiri, Faidhi, Zahirudin dan Hood ketika memasuki bilik mahkamah.

KOTA KINABALU: Tiga bekas anggota tentera laut menerima hukuman maksimum 30 tahun penjara selepas mereka didapati bersalah mengakibatkan kematian rakan sekerja mereka dari Sabah di Labuan tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Zahirudin Nordin, Mohd Hood Mad Hasib, kedua-duanya, 27, dan Muhammad Faidhi Zaini, 26, selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes itu tanpa meragukan.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Ainul berkata kes ini tentang nilai satu nyawa seseorang dan mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Selepas menjalankan soal jawab oleh pendakwaan terhadap para saksi, eksibat yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan bahawa kes ini tidak meragukan, “Dari itu mahkamah mendapati ketiga-tiga tertuduh bersalah,” kata Ainul.

Ketiga-tiga mereka didakwa mengakibatkan seorang anggota tentera laut, Asrup Raidin, 27, mati lemas kira-kira jam 7.36 petang pada 3 Disember 2013 di kawasan lagon di Stesen Beruniform Labuan di Laut China Selatan. Kesalahan ini dibawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda.

Tertuduh diwakili oleh peguam bela Ram Singh, Timothy Daut dan Azhier Farhan Arisin manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Akmazatul Mohamed Nawi sebagai pendakwa.

Ketika mencadangkan hukuman ringan dikenakan terhadap tertuduh Ram memberitahu mahkamah ketiga-tiga mereka telah kehilangan kerja mereka dengan Tentera Laut Diraja Malaysia dan semasa siasatan mereka telah memberikan kerjasama dan tidak pernah gagal melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Menurut Ram, Zahirudin telah bertugas dengan TLDM untuk tempoh tujuh tahun dang rekod dan disiplin yang baik.

Dia sudah berkahwin dan kini tinggal di Labuan, sementara Hood yang masih bujang dan tinggal di Ipoh. Dia juga mempunyai rekod yang baik dengan TLDM dan menerima beberapa anugerah dengan angkatan itu.

Mahkamah juga diberitahu bahawa Faidhi adalah anak tunggal lelaki yang menyara kkeluarganya dan kini menetap di Perak.

Pihak pembela juga meminta hukuman ditangguhkan kerana mereka mempunyai merit untuk membuat rayuan. Bagaimanapun Akmazatul meminta mahkamah mengenakan hukuman berat sebagai pengajaran kepada setiap yang tertuduh

Beliau berkata kesalahan itu sama seperti melakukan bunuh diri dan ianya adalah kesalahan yang serius. Kes ini katanya membabitkan nyawa lelaki yang tidak berdosa dan lebih-lebih lagi ketika kejadian Zahirudin, Hood and Faidhi adalah anggota Tentera Laut.

Mereka telah melakukan tindakan yang serius sedangkan mereka sepatutnya melindungi rakyat dan negara. Mangsa telah meninggalkan seorang janda dengan dua orang yang masih kecil.

Akmazatul berkata sejak akhir-akhir ini kesalahan seperti ini sering berlaku dan masyarakat sudah tidak nampak nilai nyawa seseorang.

Mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan dan ketiga-tiga mereka dengan ikat jamin RM70,000 dengan penjaminan tempatan dan mereka perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan