Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiga askar Syria korban serangan AS

9:23am 08/12/2015 Pak Roshan 1 views Global
ORANG awam dan pasukan penyelamat mengeluarkan seorang kanak-kanak dan mencari mangsa lain di celah runtuhan bangunan selepas serangan udara tentera Syria di utara Aleppo, semalam.

ORANG awam dan pasukan penyelamat mengeluarkan seorang kanak-kanak dan mencari mangsa lain di celah runtuhan bangunan selepas serangan udara tentera Syria di utara Aleppo, semalam.

Damsyik: Syria semalam mengecam serangan yang diketuai Amerika Syarikat hingga menyebabkan tiga tenteranya terbunuh.

Dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon dan Majlis Keselamatan badan dunia itu, Kementerian Luar Syria menyifatkan serangan lewat kelmarin sebagai pencabulan terang-terangan.

Kementerian itu mendesak Majlis Keselamatan bertindak segera, termasuk mengambil langkah bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

Menurutnya, tiga askar terbunuh dan 13 lagi cedera dalam empat serangan ke atas kem tentera di wilayah Deir Essor, timur Syria.

Bagaimanapun, jurucakap pakatan yang diketua Amerika Syarikat menafikan tuduhan itu dengan berkata, serangan kelmarin hanya menyasarkan kawasan 55 kilometer ke tenggara pangkalan tentera itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan