Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga anak gadis pergi tanpa berita

tiga anak gadis lari

KEPONG – Kehidupan sepasang suami isteri ini tidak lagi seceria dulu apabila tiga anak gadisnya bertindak seorang demi seorang meninggalkan rumah dan menghilangkan diri tanpa sebarang kesan.

Kedua-duanya merayu anak-anak gadisnya itu pulang ke rumah kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Liew Jee Keong, 53, yang bekerja sebagai tukang cat memberitahu, anak sulungnya,  Liew May Ling, 17, telah dua tahun tidak pulang.

Sementara anak kedua dan ketiganya, Liew May Yee, 16, dan Liew May Ying, 14 keluar rumah sejak April dan Julai lalu juga tidak dapat dikesan.

Dia dan isteri ada cuba menghubungi anak-anaknya namun panggilan mereka tidak berjawab.

“Kami tidak ada masalah keluarga. Sebelum mereka hilangkan diri mereka beritahu ibunya mahu keluar bekerja separuh masa sebagai katerer (pelayan).

“Kami tak syak apa-apa kerana mereka keluar macam biasa…tak bawa pakaian atau kad pengenalan. Tapi selepas sehari tidak pulang, panggilan tak jawab kami mula bimbang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Dia ada cuba menjejaki anak-anaknya melalui rakan-rakan yang tinggal di kawasan perumahan sama iaitu Pangsapuri Seroja Rimbunan Kepong, namun mereka tidak mahu memberikan kerjasama.

“Kali terakhir anak ketiga saya keluar bersama rakannya yang kini telah pulang ke rumah tapi mereka tak mahu beritahu lokasi anak saya berada.

“Anak kedua dan ketiga keluar tanpa bawa kad pengenalan. Saya risau keselamatan mereka sebab masih di bawah umur dan masih bersekolah,” katanya yang mengakui sikap anaknya yang suka berkawan.

Dia meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat lokasi anak-anaknya boleh menghubunginya di talian 012-2610536 atau pejabat biro aduan Parti Gerakan  03-92876868.

Sementara itu, Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wilson Lau meminta ibu bapa bersikap lebih prihatin dan memantau anak-anak memandangkan berdepan cabaran zaman teknologi.

“Anak-anak kini suka hidup bebas menjadi tanggung jawab ibu bapa ambil tahu dan mengenali rakan-rakan mereka juga selain menjaga pergaulan.

“Mereka yang mempunyai maklumat lokasi remaja berkenaan diminta tampil dan tindakan menyembunyikannya boleh disabitkan kesalahan kerana masih di bawah penjagaan ibu bapa,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan