Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga ahli Exco Pemuda PBS maut

JATUH 12 METER Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan selepas terjatuh ke dalam sungai.
TERHUMBAN  KE SUNGAI SEDALAM 12 METER..  Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan tersebut.

KENINGAU: Tiga ahli Exco Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) terbunuh selepas kenderaan dinaiki mereka terhumban ke sungai dalam nahas jalanraya di Jalan Tenom – Keningau, berhampiran Kampung Sinangan, dekat sini pada lewat malam tadi.

Mangsa yang maut ialah Peter Tan Che Vui @ Peter Chin, 44, Dolsin Marindang, 42, serta seorang lagi ahli Exco dikenali sebagai Andrew.

Difahamkan, kesemua mangsa sedang dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu selepas menghadiri satu program Exco Pemuda PBS bersama belia di Tenom.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.42 malam, kenderaan yang mereka naiki hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam sungai menyebabkan ketiga-tiga mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan.

Jurucakap Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Keningau yang mengesahkan kejadian berkata, pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kemalangan berlaku.

Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat turut dihubungi bagi membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan jenis Honda CRV terbabit.

Sementara itu, Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan melalui laman Facebook berkata, beliau sedih mendengar berita kematian ketiga-tiga mangsa yang disifatkannya sentiasa komited dalam perjuangan parti.

“Tidak ada kata yang dapat menzahirkan kesedihan kerana kehilangan mereka,” katanya sambil mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan