Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TIDUR SEMASA BERTUGAS: DUA ANGGOTA POLIS P.P DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

polis tidur

 

GEORGE TOWN, 11 Mac : Polis Pulau Pinang mengambil tindakan tatatertib terhadap dua anggotanya yang, gambar mereka sedang tidur di Balai Polis Komuniti Mak Mandin, Butterworth dekat sini, tersebar dalam media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata ekoran penyebaran gambar itu dalam laman sosial, pihaknya membuka kertas siasatan tatatertib untuk tindakan disiplin.

“Sementara menunggu siasatan dan keputusan tindakan disiplin, dua anggota itu diarah bertukar dalam tempoh 24 jam ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU).

“Saya memandang serius perkara itu dan tindakan tegas akan diambil,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sejak semalam, gambar anggota polis lelaki dan wanita yang bertugas, tidur di kerusi di pejabat pertanyaan balai polis berkenaan tersebar di media sosial termasuk aplikasi WhatsApp dan mendapat kritikan pelbagai pihak. — BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan