Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tidak salah beri ucapan pada masyarakat bukan Islam

11:29pm 10/01/2016 Ann Vivien 164 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Tempatan
Mufti Negeri Sabah Datuk Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar

Mufti Negeri Sabah Datuk Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar

KENINGAU: Tidak salah bagi orang Islam menyampaikan ucapan Merry Christmas atau selamat hari natal kepada masyarakat bukan islam sempena perayaan krismas.

Mufti Negeri Sabah Datuk Haji Bungsu @ Aziz Bin Haji Jaafar  berkata, masyarakat Islam sebenarnya boleh menyampaikan ucapan kepada mana-mana perayaan yang diraikan oleh bukan masyarakat islam namun ia perlu bersyarat dengan tidak melebihi apa yang disampaikan sehingga membelakangi ajaran agama sedia ada.                                                                                      

“Pada pandangan kita, sampaikan ucapan dalam mana-mana perayaan kepada masyarakat bukan islam namun akidah masing-masing perlulah dijaga” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan tazkirah pada sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Keningau di Dewan Masyarakat di sini pada Sabtu.                        

Katanya, dakwaan segelintir masyarakat Islam melarang yang menyampaikan ucapan itu adalah tidak benar sepertimana yang didakwa dalam media sosial.                                                                                   

Beliau berkata, masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama di negeri ini sejak dahulu sudah mengamalkan sikap hormat menghormati di antara satu ama lain.

Pada masa sama, Bungsu berkata dengan adanya amalan  ini, setiap masyarakat Islam sudah tentu akan merapatkan lagi hubungan perpaduan dan semangat kekitaan diantara satu dengan yang lain. -Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan