Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tidak perlu malu kerana BN mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang

KOTA KINABALU: “Kita tidak perlu malu kerana Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod pencapaian yang cemerlang.”

Demikian ungkapan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus) Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah, di Bangunan UMNO, semalam.

Menurut beliau, bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini merupakan contoh terkini yang boleh dilihat sebagai cerminan kecemerlangan BN di samping pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Dalam ucapan beliau, Musa turut menegaskan bahawa JR Plus memainkan peranan yang penting untuk memastikan kemenangan bagi BN pada pilihan raya akan datang.

“Pilihan raya adalah penentu siapa yang akan membentuk kerajaan, justeru itu JR Plus memainkan peranan yang penting bagi memastikan kemenangan untuk BN.”

“Kita harus sentiasa mendekati pengundi terutama sekali generasi muda dan beritahu mereka apa yang BN boleh bagi kepada mereka,”katanya.

Menurut Musa lagi, dalam mendekati generasi muda, ia harus dilakukan dengan berhati-hati dengan membuat analisis dan strategi tertentu bagi memastikan pendekatan untuk mendekati mereka lebih berkesan.

“Apa yang penting, kita harus membuat yang terbaik agar orang muda terus menyokong BN,”katanya.

Tambah beliau, kunci disebalik kejayaan BN dalam membentuk kerajaan adalah jalinan kerjasama erat antara parti-parti komponen BN lain yang sentiasa bekerjasama dalam memperkukuhkan sokongan rakyat.

“Dengan adanya gabungan dalam BN, kita boleh bekerjasama walaupun berlainan parti.”

“Kita tidak boleh hanya mengutakaman kerusi di mana parti kita bertanding tetapi adalah menjadi tanggungjawab kita berjasama untuk menjaga setiap kawasan yang di pegang oleh BN.”

“Kalau kita terus melakukan perkara ini saya yakin pilihan raya akan datang, kita akan terus mencapai kemenangan,”katanya.

Yang turut hadir Menteri Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Pemuda BN Malaysia Khairy Jamaluddin, pemimpin-pemimpin pemuda parti komponen BN Sabah serta barisan pemuda BN Sabah./SayangSabah

Musa (tengah) mengambil gambar bersama barisan pemuda BN Sabah sempena majlis berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan