Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tidak perlu buat spekulasi terhadap pemimpin

Almain (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang pelatih PDK Keningau. - foto ihsan Jabatan Penerangan
Almain (tengah) menyampaikan sumbangan duit raya kepada salah seorang pelatih PDK Keningau. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

KENINGAU – Orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif mengenai pemimpin negara dan sebarang kejadian yang boleh mencemarkan nama negara dilaman sosial.

Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Datuk Almain Ajirul berkata, anggapan sedemikian bukan sahaja membawa perpecahan perpaduan dan keharmonian semua kaum akan tetapi memberi pelbagai tanggapan bertentangan tentang kewibawaan pihak kerajaan dalam mentadbir negara.

Katanya, kepimpinan negara yang ada sepatutnya diberi sokongan yang padu oleh rakyat pelbagai lapisan masyarakat dan kaum agar keamanan dan keharmonian yang telah wujud sekian lama berkekalan.

“Keamanan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini adalah hasil kebijaksanaan pemimpin yang terdahulu dan pemimpin yang ada sekarang” katanya semasa berucap pada Program Al-Mukminin anjuran Jabatan Penerangan Bahagian Pedalaman Atas, di sini semalam.

Katanya, pengesahan terhadap kejadian yang berlaku di negara ini merupakan tanggungjawab pihak berkuasa dan bukan tugas mana-mana individu atau kumpuan membuat spekulasi dalam media sosial mengandaikan sesuatu perkara tanpa usul periksa hingga menimbulkan keraguan orang ramai. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan