Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,804

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tidak mengaku salah bom Bangkok

10:15am 17/02/2016 Pak Roshan 2 views Global
Bilal Mohammad, 31, (kiri) dan Mieraili Yusufu, 27, ketika dihadapkan ke mahkamah tentera di Bangkok hari ini, bagi menghadapi tuduhan melakukan serangan bom yang membunuh 20 orang tahun lalu. - Foto AP

Bilal Mohammad, 31, (kiri) dan Mieraili Yusufu, 27, ketika dihadapkan ke mahkamah tentera di Bangkok hari ini, bagi menghadapi tuduhan melakukan serangan bom yang membunuh 20 orang tahun lalu. – Foto AP

Bangkok: Dua lelaki minoriti Islam Uighur dari China mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan melakukan serangan bom di Bangkok tahun lalu, dengan peguam salah seorang tertuduh mendakwa anak guamnya diseksa supaya mengaku melakukan jenayah itu.

Bilal Mohammad, 31, dan Mieraili Yusufu, 27, menghadapi lapan tuduhan, termasuk konspirasi meletupkan bom dan melakukan pembunuhan.

Seramai 20 orang dengan 14 pelancong asing termasuk rakyat Malaysia terbunuh manakala 120 lagi cedera dalam letupan bom Ogos tahun lalu.

Tuduhan terhadap mereka dibacakan buat kali pertama di mahkamah tentera pada November lalu.

Bilal yang juga dikenali sebagai Adem Karadag (nama pada pasport palsu Turki yang dibawanya ketika ditahan) menghadapi dia lagi tuduhan imigresen memasuki Thailand secara haram.

Hari ini, kedua-dua lelaki itu memberitahu mahkamah mereka ialah rakyat China dari minoriti Uighur dari bandar Urumqi di wilayah Xinjiang, barat China.

“Saya tidak boleh menyatakan alamat saya yang tepat di China kerana takutkan kerajaan China” kata Bilal memberitahu mahkamah.

Polis sedang memburu 15 lagi suspek tetapi sehingga kini tidak mengumumkan sebarang perkembangan.

Peguam Bilal, Chuchart Kanpai, memberitahu wartawan anak guamnya mendakwa dia diseksa September lalu, tiga minggu selepas ditahan supaya mengaku bahawa dia ialah orang yang dilihat dalam rakaman video di tempat kejadian.

Menurutnya, Bilal mendakwa air dimasukkan ke dalam hidung, diugut dihantar pulang ke China serta anjing dibiarkan menyalak kepadanya ketika soal siasat menyebabkan dia mengaku.

Mieraili tidak mempunyai peguam dan mahkamah melantik seorang peguam tentera untuknya yang mewakilinya hari ini.

Mahkamah menetapkan 20 hingga 22 April ini untuk pemeriksaan bukti. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan