Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,822

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

TIdak Kena Bedilan

8:39am 03/11/2015 Pak Roshan 762 views Global
MENTERI Darurat Russia Vladimir Puchkov (empat dari kiri) dan pegawai yang tidak dikenali memeriksa serpihan pesawat berkenaan di tempat kejadian di Sinai, Mesir, semalam.

MENTERI Darurat Russia Vladimir Puchkov (empat dari kiri) dan pegawai yang tidak dikenali memeriksa serpihan pesawat berkenaan di tempat kejadian di Sinai, Mesir, semalam.

Kaherah: Pesawat penumpang Russia yang terhempas di Mesir pada Sabtu lalu tidak terkena bedilan dari luar dan juruterbang tidak membuat panggilan kecemasan sebelum ia hilang dari radar, kata sumber siasatan yang menganalisis data penerbangan semalam.

Sumber itu enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai pemeriksaan awal kotak hitam pesawat Penerbangan Metrojet yang terhempas di Semenanjung Sinai dan membunuh semua 224 penumpang dan kru.

Satu sumber penerbangan berkata, penyiasat Mesir yang dibantu pakar dari Russia dan Perancis masih belum selesai meneliti dua kotak hitam yang mengandungi rakaman suara kokpit dan data penerbangan itu.

Pegawai Russia sebelum ini memberitahu, pesawat jenis Airbus A321 yang membawa pelancong dari bandar Sharm el-Sheikh di Mesir ke St Petersburg, Russia mungkin pecah di angkasa.

Presiden Russia, Vladimir Putin semalam berkata, nahas itu adalah satu tragedi besar dan mahu semua usaha dilaksanakan untuk mengetahui punca nahas.

Sementara itu, jurucakap Putin, Dmitry Peskov yang ditanya wartawan adakah nahas itu berpunca daripada serangan pengganas berkata, semua teori tidak boleh ditolak ketika ini.

Kumpulan militan yang aktif di Sinai dan mempunyai hubungan dengan kumpulan Negara Islam (IS) mendakwa menembak jatuh pesawat itu sebagai tindak balas terhadap Moscow yang melancarkan serangan udara menyasarkan kumpulan itu di Syria.

Bagaimanapun, Kementerian Pengangkutan Russia menolak dakwaan itu.

Dalam pada itu, timbalan pengarah urusan Metrojet, Alexander Smirnov berkata, hanya masalah fizikal boleh menyebabkan pesawat itu pecah di udara.

“Pesawat ini berada dalam keadaan yang sangat baik. Kami menolak sebarang kerosakan teknikal atau kesilapan kru,” katanya.

Pesawat berkenaan hilang dari radar 23 minit selepas berlepas ketika berada pada ketinggian 9,400 meter.

Menurut perkhidmatan FlightRadar24, pesawat malang itu jatuh mendadak ketika terputus hubungan dengan menara kawalan.- Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan