Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tidak ada isu membubarkan RCI

7:36pm 07/01/2016 Leolerry Lajius 68 views Politik,Tempatan
Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alexion Mairin

Datuk Joseph Pairin Kitingan ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alexion Mairin

KOTA KINABALU: “Isu membubarkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukan bidang kuasa saya, tetapi tanggungjawab saya adalah untuk menyiapkan dan menyampaikan cadangan daripada semua pihak termasuk pihak pembangkang.”

Demikian ungkapan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, ketika sidang media pada majlis penyerahan bantuan persekolahan sumbangan AFFIN Holdings Berhad di Hotel Promenade pagi tadi.

“Membubarkan RCI, bukanlah satu isu tetapi perkara yang lebih penting adalah kita bersama-sama dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai juga diseru agar turut serta dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini dengan memberikan pandangan atau komen yang berkaitan yang akan  dipertimbangkan sebagai platfrom menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau turut menyeru agar masyarakat tidak bersekongkol dengan pendatang tanpa izin (PTI)  dengan melindungi mereka dari pihak berkuasa.

“Masalah PTI ini merupakan satu kes yang amat rumit kerana terdapat sebilangan penduduk tempatan yang menyimpan dan menggunakan mereka secara tersembunyi dan tidak membantu dalam membuat laporan mengenai masalah ini,” katanya.

Masyarakat yang terlibat dalam hal itu boleh dikenakan tindakan undang-undang samaada dipenjarakan atau didenda RM50,000.

Ditanya mengenai bila laporan RCI itu akan siap, beliau menjawab ia belum dapat dipastikan lagi memandangkan masalah ini amat kompleks dan memerlukan penelitian yang rapi. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan