Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiba tiba ‘gostan’ masuk kolam

Kereta dilaporkan hampir tenggelam tetapi tiada kecederaan dilaporkan. – FOTO Pejabat Syerif Daerah Okaloosa

 

Florida : Kerana gagal meletakkan kedudukan gear parkir dengan betul, kereta seorang wanita mengundur masuk ke dalam kolam renang menyebabkan suami dan anak perempuannya turut ‘berendam.’

Fox News memetik Pejabat Syerif Daerah Okaloosa berkata di Facebook, wanita itu menyangka keretanya sudah diletakkan dalam keadaan parkir untuk keluar seketika daripada kenderaan berkenaan bagi mengambil wang di dalam rumahnya.

“Rupanya gear tidak dimasukkan sepenuhnya menyebabkan keretanya mengundur ketika suami serta anak perempuannya masih berada di dalam,” katanya.

NBC Miami melaporkan kereta itu hampir tenggelam sepenuhnya namun keluarga wanita itu terselamat tanpa sebarang kecederaan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan