Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada Warga Indonesia Terlibat Dalam Kebakaran Di Kampung Hidayat

TAWAU, 7 Julai : Konsulat Republik Indonesia (RI) Tawau hari ini mengesahkan tiada warga Indonesia menjadi mangsa dalam insiden kebakaran yang memusnahkan  261 rumah di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas di sini Sabtu lepas.

Konsul RI Tawau, Krishna Djelani berkata dalam rangka perlindungan negara Indonesia, pihak konsulat telah melakukan lawatan terhadap pusat operasi bantuan untuk mangsa kebakaran di Kampung Hidayat dan didapati tiada warga Indonesia yang terlibat.

Dalam lawatan itu, pihaknya turut memberi sumbangan termasuk beras, air mineral dan sabun mandi kepada mangsa kebakaran sebagai tanda keprihatinan sesama manusia.

Sabtu lepas, sebanyak 261 rumah setinggan atas air di kampung itu musnah dalam kebakaran mengakibatkan 1,960 mangsa terdiri daripada 1,141 warganegara serta 819 bukan warganegara, tinggal sehelai sepinggang.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan