Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada tanah runtuh di Ranau

bomba

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa menafikan berlaku tanah runtuh sekitar kawasan Budu Tuhan di Ranau, sehingga menyebabkan jalan utama dari daerah ke Kota Kinabalu terputus hubungan seperti tersebar di laman sosial.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy Lagung, berkata gambar yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp mengenai tanah runtuh berkenaan adalah gambar palsu yang mungkin foto lama di lokasi lain.

“Kita juga ada menerima gambar sama tetapi tiada panggilan kecemasan daripada orang awam sejak ia disebarkan. Malah, anggota bomba juga mengesahkan tidak berlaku tanah runtuh di lokasi terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, gambar tersebar itu adalah gambar tanah runtuh di lokasi lain di negeri ini, tahun lalu.

Sehubungan itu, Jimmy meminta orang ramai tidak menyebarkan gambar yang belum dipastikan kesahihannya bagi mengelak panik dalam kalangan orang ramai. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan