Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada sebab untuk rakyat tolak BN-Salleh

Salleh (lapan dari kiri) melaungkan slogan “Tatap BN” bersama para calon BN di kawasan Kudat.

Kudat : Tiada sebab untuk rakyat menolak Barisan Nasional (BN) kerana parti itu terbukti telah membawa banyak pembangunan di negara ini.

Justeru, calon BN di Parlimen P.169 Kota Belud, Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak menyeru agar rakyat memberikan kepercayaan dan mandat itu kepada BN sekali lagi.

Beliau yang berucap pada Majlis Bersama Rakyat di sini, pada Rabu, turut menjelaskan projek Lebuh Raya Pan Borneo khususnya dari Tuaran ke Kudat yang dibawa BN akan merubah landskap sosio-ekonomi rakyat.

Hadir sama, calon BN di kerusi Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri selain calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas Datuk Bolkiah Ismail dan calon bagi kerusi DUN Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang./Penerangan-

Komen


Berita Berkaitan