Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas Air Algerie

tiada rakyat malaysia

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian pesawat Air Algerie yang dilaporkan terhempas semasa dalam perjalanan dari Ouagadougou di Burkina Faso ke Algiers semalam.

Setiausaha akhbar Wisma Putra, Datin Nirvana Jalil Ghani mengesahkan perkara berkenaan.

“Sehingga kini, tiada laporan diterima daripada mana-mana pihak melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian itu,” katanya di sini, hari ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan penerbangan AH5017 membawa 110 penumpang dan enam anak kapal hilang dari skrin radar setelah 50 minit berlepas dari Lapangan Terbang Ouagadougou di Burkina Faso menuju ke Algiers, Algeria

Pesawat itu hilang semasa terbang di Wilayah Gao, Mali kira-kira 500 km dari selatan sempadan Algeria, menurut laporan itu.

Menteri Luar Algeria, Ramtane Lamamra mengesahkan pesawat itu terhempas di negara jiran, Mali. – Bernama

Komen


Berita Berkaitan