Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tiada Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Dalam Serangan Di Paris

1:14pm 14/11/2015 Pak Roshan 408 views Mutakhir,Nasional

05023958-Read-Only

KUALA LUMPUR – Tidak ada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa dalam siri serangan di Paris, kata Kementerian Luar.

“Kerajaan Malaysia mengecam keras siri serangan di Paris pada 13 Nov 2015 yang meragut lebih 100 nyawa orang yang tidak bersalah.

“Setakat ini tidak ada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa,” kata kementerian dalam kenyataan, di sini hari ini.

Ia berkata serangan kejam itu mengesahkan perlunya setiap orang menyokong perang terhadap keganasan.

“Pada saat sedih ini Malaysia turut sama dengan keluarga mangsa, kerajaan Perancis dan rakyatnya,” kata kementerian.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam twitternya mengecam serangan di Paris, ibu negara Perancis, yang disifatkan sebagai perbuatan kejam terhadap orang awam yang tidak bersalah.

Laporan dari Paris menyatakan lebih 100 orang terbunuh dalam serangan bom dan senjata api di dewan konsert Bataclan, restoran-restoran di pusat bandar dan berhampiran Stade de France. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan